top of page

Kenyataan biadap terhadap sultan: Hj Hadi perlu mohon maaf - Halimey



Oleh: Abdullah Zaid


Presiden Pas, Hj Hadi Awang wajar membuat permohonan maaf susulan dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan beliau mempertikai peranan Raja-Raja Melayu.


Ketua Penerangan, Halimey Abu Bakar berkata, kenyataan pemimpin Pas yang merendahkan Raja Raja Melayu itu seperti menconteng arang ke muka seluruh rakyat Selangor.


"Merujuk kepada surat tular yang menggambarkan perasaan dukacita Sultan Selangor terhadap kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh Haji Hadi Awang, adalah ingin dimaklumkan seluruh rakyat Negeri Selangor berasa terhina bersama Tuanku Sultan Selangor.


"Oleh itu, KEADILAN Selangor sangat bersetuju dan menyokong sepenuh hati agar suatu tindakan yang setimpal diambil terhadap Hadi Awang oleh pihak berkuasa di Selangor," katanya dalam kenyataan.


Jelas Halimey, sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Selangor telah menerangkan secara terperinci dan jujur berkenaan keutuhan sistem kehakiman syariah di Malaysia berhubung kes Nik Elin.


"Kekesalan baginda apabila Hj Hadi Awang gagal memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan dan seterusnya beliau mengelirukan masyarakat awam.


"Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Hj Hadi boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat dan seterusnya menggugat perpaduan," katanya.


Malah menurut Halimey, sebelum ini Ahli Parlimen Marang itu juga cenderung menyangkal titah Raja-Raja Melayu dalam beberapa kenyataan sebelum ini.


"Pada Mac 2023 Haji Hadi Awang telah menyanggah titah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang merupakan sultan yang memayungi negeri kelahiran beliau sendiri," ujarnya.


Justeru itu, tegas Halimey, jika teguran tidak dilakukan dari sekarang dibimbangi sikap melampau Hj Hadi Awang akan lebih sukar dikawal pada masa hadapan.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page