top of page

Kenyataan bersama Amirudin - Khairy: Isu pendaftaran mendapatkan vaksin melalui ImuniSel selesai


Isu pendaftaran warga Selangor secara offline melalui ImuniSel, inisiaif Kerajaan Negeri untuk golongan yang sukar akses digital, selesai dengan kenyataan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.


Menurut kenyataan itu, berlaku sedikit salah faham berkenaan pendaftaran bagi slot vaksin AstraZeneca yang perlu dibuat secara sukarela di atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin berkenaan, berbanding vaksin-vaksin lain dalam program PICK.


Manakala dalam program ImuniSel pula pendaftaran untuk vaksin AstraZeneca dibuat tanpa pengetahuan penerima.


Oleh itu kata kenyataan berkenaan, para penerima telah digantikan dengan tarikh janji temu baharu bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca.


"Untuk menyelesaikan isu ini, pihak ImuniSEL telah bersetuju menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.


"Bagi individu yang terkesan akibat penggantian janji temu dan tidak bersetuju dengan janji temu baharu yang diberikan, individu terbabit akan diberikan semula janji temu terdahulu.


"Pihak CITF juga turut memaklumkan terdapat beberapa individu yang telah mendapat janji temu vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran yang dibuat oleh pihak lain termasuklah ahli keluarga ataupun majikan mereka.


"Bagi menyelesaikan masalah ini, satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu terkesan, terutamanya yang telah menerima janji temu baharu menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera," kata mereka dalam kenyataan bersama tersebut.


Kenyataan itu juga menafikan dakwaan sebelum ini bahawa pihak SELangkah telah memanipulasi data penerima vaksin sehingga berlaku pertukaran temu janji dan sebagainya.


"Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini.


"Mengenai perancangan menambah kadar harian vaksinasi di negeri Selangor, kami telah bersetuju untuk membuka Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) berskala mega di beberapa lokasi di sekitar Selangor. PPV ini akan dibuka secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat tersebut telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara pihak kerajaan Selangor dan CITF bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar serta teratur, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok.


Turut hadir dalam perbincangan berkenaan ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri serta wakil SELangkah.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page