top of page

Kenyataan adendum Menteri Wilayah Persekutuan palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 6, 2024
  • 1 min read


ree

Oleh: Akmal Manaf


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan media berkaitan adendum tahanan rumah yang telah tersebar.


Justeru, beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan tersebut.

ree

''Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya.


''Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,'' katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, tersebar satu kenyataan media bertarikh hari ini didakwa dikeluarkan oleh Dr Zaliha kononnya adendum yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Razak adalah sahih dan benar.


Dalam kenyataan palsu itu, Dr Zaliha sebagai menteri yang dipertanggungjawab dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dikatakan memohon semua pihak bertenang sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan perkara tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page