top of page

Kenyataan 3R: AMK buat laporan polis, saran Tun M jalani rawatan kesihatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 18, 2024
  • 2 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini tampil membuat laporan polis berkenaan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan kaum India dalam wawancara eksklusif bersama stesen penyiar luar negara, baru-baru ini.


Ahli Jawatankuasa AMK Selangor, M Sathasivam berkata, laporan tersebut dibuat bagi mendesak negarawan itu menghentikan kenyataan perkauman yang dibimbangi boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.


"Mahathir harus berhenti menggunakan kenyataan berbaur rasis kerana ia boleh menganggu gugat keharmonian di negara kita," katanya kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini.


Menurut beliau, kenyataan Mahathir menerusi wawancara dalam talian dengan Thanti TV itu juga mendakwa keadaan politik negara ini tidak begitu baik.


Justeru, Shatha menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri dua kali itu boleh menjejaskan keyakinan negara luar untuk melabur di Malaysia.


"Mahathir dalam wawancara tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan politik di negara kita tidak berapa menentu.


"Jadi kenyataan itu (boleh) memberi impak negatif terhadap Malaysia pada negara luar untuk melabur di negara kita," ujarnya.


Dalam pada itu, Exco AMK negeri tersebut turut mencadangkan agar penasihat tidak rasmi Perikatan Nasional itu mendapatkan rawatan doktor memandangkan faktor usia yang mungkin menyebabkan Mahathir mengeluarkan kenyataan yang aneh.


"Saya mencadangkan agar Mahathir mendapatkan rawatan psikologi kerana kenyataan itu mungkin disebabkan masalah kesihatan (berkaitan) mental.


"Saya concern dengan kesihatan Mahathir yang agak lanjut (berusia) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berapa betul," ujarnya lagi.


Terdahulu, Dr Mahathir dalam satu sesi temu bual eksklusif dengan saluran TV berpangkalan di India, dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih terikat dengan negara asal mereka.


Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, sebaliknya masih bercakap Tamil.


Kenyataan Mahathir mendapat pelbagai reaksi yang jelas mengguris hati orang ramai terutama masyarakat minoriti di Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page