top of page

Kenapa Zaid Ibrahim berubah fikiran, Najib tidak pernah kecam Jho Low?



Perubahan fikiran bekas Menteri Undang undang, Datuk Zaid Ibrahim daripada menghentam bekas Perdana Menteri Najib Razak suatu ketika sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 kepada membelanya hari ini mengejutkan banyak pihak.


Supremo DAP, Lim Kit Siang, masih kehairanan bagaimanakah Zaid dengan pengetahuan undang undang yang baik boleh berubah fikiran.


Kit Siang yang juga berpendidikan undang undang berkata, sama ada Zaid telah membaca penghakiman Hakim Azimah dalam saman bekas Peguam Negara Apandi Ali ke atasnya berkenaan kes 1Malaysia Development Berhad.


"Saya terkejut dengan pemikiran baharu Zaid Ibrahim tetapi bolehkah dia mempengaruhi sekurang-kurangnya seorang untuk menukar fikiran mereka untuk percaya yang Najib Razak tidak bersalah dalam skandal mega 1MDB yang melibatkan berbilion dolar?


"Saya amat terkejut dengan perubahan pendirian Zaid, terutamanya selepas penerbitan lebih daripada 100 muka surat penghakiman Azimah mengenai kes saman bekas Peguam Negara, Mohamad Apandi terhadap saya pada minggu lepas.


"Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah bagaimana Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri Kabinet, boleh berubah fikirannya mengenai Najib dan skandal 1MDB selepas membaca penghakiman Azimah ini? Atau adakah dia belum membaca penghakiman ini?" tanyanya.


Kit Siang juga memuat naik petikan catatan Zaid di Facebook yang percaya Najib ditipu oleh Jho Low dan bukannya terlibat merancang korupsi berbilion ringgit sebagaimana yang didakwa.


"Adakah Najib yang memberitahu Zaid mengenai semua perkara ini, termasuklah juga versi di mana dia sebagai Perdana Menteri tidak merancang skandal 1MDB dan jika bukan, bagaimanakah Zaid mencapai kepada kesimpulan sebegini?


"Salah satu perkara terpenting dalam skandal 1MDB yang telah diketahui umum selama lebih daripada satu dekad adalah Najib tidak pernah mengecam Jho Low atau sesiapa pun mengenai skandal 1MDB ini.


"Malah, tidak ada mana-mana pemimpin Umno atau BN yang telah mengecam skandal 1MDB ini walaupun bekas Peguam Negara Amerika Syarikat telah menggambar skandal ini sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”," katanya.


Justeru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bertanya satu soalan mudah kepada sesiapa yang mahu berubah fikiran, bolehkah Najib dan para pemimpin Umno sekarang mahu pun dalam pemerintahan Najib menjelaskan mengapa mereka tidak pernah mengutuk skandal 1MDB, walaupun skandal tersebut telah menyebabkan seluruh dunia melihat Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi.


Pada 26 Julai lalu, Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd


Beliau kemudian melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners ("ZIST") sebagai peguam cara baharu.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page