top of page

Kenapa waktu PN perintah Persekutuan tidak ditetapkan royalti?



Tokoh pejuang royalti petroleum Terengganu dan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz sekali lagi mempersoalkan tindakan politik yang dilakukan oleh DUN Terengganu dalam menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu.


Kali ini Syam Ghaz mengulas tindakan laskar siber PN yang memuat naik semula jawapan Presiden Pas, Hj Hadi Awang bahawa ketika mereka menjadi kerajaan hal itu tidak sempat diubah kerana ganggu gugat pembangkang.


Menurut Syam Ghaz, kenyataan itu hanyalah alasan kerana beberapa akta telah dipinda atau dibuat baharu pada waktu pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, termasuk yang memerlukan 2/3 undi majoriti di Dewan Rakyat.


"Tan Sri Abdul Hadi Awang masa kamu berkuasa, kamu tak reti pula nak pinda Akta Laut Wilayah dan tukar istilah nama Wang Ehsan kepada royalti?


"Sekarang baru kelam kabut. Time ada kerajaan 18 YB Pas jadi tunggul kayu.


"RUU355 dan royalti ke laut waktu kamu jadi Kerajaan Pusat," katanya dalam catatan di Facebook.


Untuk rekod, muat naik laskar siber PN merujuk kepada perbahasan di Dewan Rakyat pada 13 September 2023 ketika Hj Hadi (Pas - Marang) mempersoalkan mengenai bayaran royalti petroleum kepada Terengganu.


Ahli Parlimen Lee Chean Chung (PH - Petaling Jaya) dalam sesi berkenaan membidas Hj Hadi dan bertanya kenapa pada waktu PN berkuasa Akta Laut Wilayah tidak dipinda dan memasukkan terma royalti sekiranya pemberian Wang Ehsan dianggap melanggar perjanjian di antara negeri dan Persekutuan.


"Tadi disebut bahawa perjanjian itu tidak dipegang. Saya ingin tanya dalam dua tahun Perikatan Nasional memerintah, kenapa perjanjian itu tidak dikemas kini?


"Kekal zalim kepada rakyat Terengganu, kenapa tiada royalti lima peratus kepada rakyat Terengganu pada waktu itu?" soal Chean Chun selepas Hj Hadi menyentuh isu royalti minyak kepada Terengganu ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat.


Soalan itu direspons Hj Hadi bahawa sewaktu pemerintahan PN mereka diganggu gugat pembangkang sehingga gagal untuk meminda perkara berkenaan.


"Begini, sebenarnya kami ini banyak benda nak urus, macam-macam kena urus. Masa kami memerintah dulu, kerengga banyak sangat mengacau, nak jatuhkan kerajaan.


"Macam mana nak baca perjanjian (royalti minyak) ini. Kami terpaksalah pertahan kerajaan…terpaksa beberapa kali tukar perdana menteri," katanya dipetik Astro Awani.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page