top of page

Kenapa tidak boleh runding dapatkan peruntukan parlimen?



Peruntukan parlimen tidak termaktub dalam undang undang dan pembangkang seharusnya merundingkan hal berkenaan dengan kerajaan memerintah.


Ketidaksudian pembangkang pada ketika ini merundingkan peruntukan parlimen sehingga menyebabkan 4 wakil rakyat mereka berpaling menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah sesuatu yang wajar.


Katanya, sebelum ini, ketika PN dan BN memerintah mereka sendiri meletakkan syarat tertentu sebelum Pakatan Harapan boleh mendapatkan peruntukan berkenaan.


"Sebelum ini PH boleh membuat perjanjian dengan mereka (PN) ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri dan ketika itu Mahiaddin dan Abdul Hadi ada dalam kerajaan.


"Tetapi mengapa sekarang mereka tidak boleh berbuat begitu juga (sekarang). Ini adalah sikap ego dan sombong mereka," katanya ketika dihubungi.


Sedangkan, tambah Mahfuz, sokongan kepada Perdana Menteri langsung tidak menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang atau parti pembangkang dianggap keluar parti atau terlucut jawatan sebagai wakil rakyat.


"Jadi ini menunjukkan PN hanya mementingkan politik dan bukannya kepada rakyat. Mereka menganut faham demokrasi yang mengetepikan kepentingan rakyat," kata Mahfuz lagi.


Dalam sesi Parlimen sebelum ini, Anwar memberikan jaminan akan meluluskan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang setelah diadakan rundingan dengan pihak kerajaan.


PM meminta agar pembangkang mengadakan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing.


Bagaimanapun, Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dipetik sebagai berkata, mereka bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan dengan Fadillah.


Beliau memberikan alasan pembangkang tidak sepatutnya menulis surat kepada kerajaan dengan jaminan tertentu dan tandatangan memorandum persefahaman (MoU).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page