Kenapa tak serang PM? Dia pun orang kuat PH - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun membidas segala kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pelbagai perkara.


Ini termasuk kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang berprofil tinggi sehingga dipolitikkan oleh UMNO dan Pas dengan memainkan sentimen perkauman.


Bagi Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mempersoalkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau selaku Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan PH sebelum ini diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi menyelesaikan kes tersebut.


"Serangan kepada PH itu amat kuat dan tinggi. Nasib baik saya tak terlibat dalam kerajaan PH. Cuma saya nak tanya yang mereka serang itu Perdana Menteri sekarang, orang PH.


"Perdana Menteri pun orang kuat PH. Sebahagian menteri kabinet sekarang pun orang PH," katanya di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menganggap peranan Muhyiddin dalam kerajaan PH seolah-olah dilupakan sama sekali.


"Kalau orang Pas nak persoal, tidak apa kerana mereka tidak terlibat secara langsung. Tapi kalau yang terlibat, sukar kita nak pertahankan.


"Kalau kita bercakap soal tanggungjawab bersama, kes itu dibawah Menteri Dalam Negeri, yang sekarang seorang Perdana Menteri.


"Aneh sekali serangan yang dibuat terhadap PH, seolah-olah semua itu dipadamkan dan apa yang berlaku sebelum ini semua dijuruskan kepada PH.


"Walaupun saya bukan pendokong kuat Langkawi (Tun Mahathir), tapi saya harus berlaku adil dalam perkara ini.


"Apa-apa boleh tanya Perdana Menteri, saya hanya Ahli Parlimen Port Dickson," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER