top of page

Kenapa perlu gantung Parlimen? - Saifuddin Nasution

Updated: Jan 19, 2021



Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantung Parlimen daripada beroperasi dan bersidang seperti biasa atas alasan darurat dan Covid-19 tidak menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar berpegang kepada prinsip demokrasi.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jika kuasa eksekutif dan kehakiman berfungsi seperti biasa ketika darurat, tiada sebab untuk menghalang Parlimen daripada bersidang.


"Tiang demokrasi itu ada tiga yakni eksekutif, legislatif dan kehakiman. Kata kunci yg penting dlm amalan demokrasi ialah semak dan imbang.


"Diumum oleh Muhyiddin dengan nafas yang sama diberitahu eksekutif dan kehakiman berfungsi seperti biasa, hanya parlimen tidak.


"Lalu keputusan kerajaan Muhyiddin ini mahu dicabar di mahkamah. Kenapa? Sebab Muhyiddin gantung Parlimen. Kalau Parlimen tidak digantung, di situlah medan keputusan dibahas dan dicabar," katanya.


Bagaimanapun, Saifuddin terkilan apabila ada pihak yang melihat tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar proklamasi darurat di mahkamah sebagai bermain politik dan bukannya pihak yang melaksanakan darurat.


"Alih-alih tindakan mencabar itu ditohmah main politik. Walhal yang membawanya ialah ahli parlimen yakni wakil rakyat yg dipilih secara sah.


"Yang gantung parlimen dianggap penyelamat yang tidak main politik.. alahai," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page