top of page

Kenapa kelirukan kenyataan pemimpin DAP 2014 dan soalan parlimen 2023?



Tindakan menyebarkan artikel yang disesuaikan dengan tarikh berlainan berkaitan isu agama Islam untuk mencipta sensasi 3R (Race, Religion, Royalty) di media sosial amat tidak bertanggungjawab.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menyelar muat naik terbaharu pihak yang sengaja memotong berita Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkomentar mengenai Islam pada 2014 dan mencantumkannya dengan soalan di Dewan Rakyat pada 2023 yang tiada kaitan bagi menimbulkan persepsi DAP anti Islam dalam kalangan muslim.

Artikel sedekad lalu yang disiar ulang dan dicantum

Kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, pihak yang mahu memainkan isu tidak sepatutnya menyunting bahagian tertentu keratan akhbar atau perbahasan di Dewan Rakyat untuk mencetuskan salah faham dan fitnah melampau.


"Kenapa tak tulis tarikh berita Ngeh Koo Ham itu dari 2014? Itu bukan berita sekarang, kenapa tak tulis supaya jelas?


"Soalan Parlimen itu bertarikh 8 Jun (2023), dan memang sudah ada jawapan dari Menteri Agama pun. Boleh cari dalam website Parlimen. Kenapa tak masukkan sekali jawapan Menteri?" tanyanya di Facebook.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar rakyat berhati hati apabila menerima maklumat di media sosial dan menyelidiki kesahihannya.

Jawapan di parlimen atas pertanyaan Koo Ham

"Berhati-hatilah bila kita terima maklumat di media sosial. Sahkan dulu apa yang disampaikan. Jangan hingga kita terlibat menyebar fitnah ciptaan pihak tak bertanggungjawab.


"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia akan terus memantau dan bertindak, terutama untuk menangani isu 3R," katanya lagi.


Muatnaik terbaharu di media sosial mencetuskan kontroversi apabila kenyataan Koo Ham pada 2014 yang kontroversi dicantumkan bersama soalan beliau di Dewan Rakyat baru baru ini berhubung nasib perkahwinan Islam dan bukan Islam yang sah di negara asing namun tidak sesuai dengan undang undang Malaysia dan mendapat komen sindiran daripada ahli politik PN.


Soalan Koo Ham itu telah dijawab oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar perkahwinan anara Islam dan bukan Islam tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di bawah undang undang Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page