top of page

Kenapa GAMIS bisu dalam isu kematian Wan Ahmad Faris?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22
  • 2 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Tindakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berhimpun di hadapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menuntut pengunduran Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dikritik sebagai bermotifkan politik.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad (gambar kanan) berkata, tuntutan kumpulan mahasiswa pro pembangkang itu yang didasari insiden kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu dianggap sebagai hipokrit dan tidak menunjukkan keikhlasan dalam memperjuang keadilan untuk mangsa.


"Pelik juga, bila berlaku buli di pusat pengajian tinggi bahkan ada yang kena sterika, bahkan ada berlaku kematian GAMIS menyepi.


"Tiba-tiba nak jadi hero dalam kes adik Zara, desak Menteri Pendidikan letak jawatan. GAMIS ni persatuan jaga budak-budak sekolah menengah ke atau mahasiswa universiti?" soalnya dalam satu hantaran Facebook.


Isu buli disekolah bukan merupakan perkara baharu. Berdasarkan semakan, berlaku lebih 65,000 kes buli dilaporkan membabitkan pelajar sekolah dalam tempoh 20 tahun lalu.


Antara tahun 2000 hingga 2010, dianggarkan 2,500 hingga 3,500 kes setahun, kebanyakannya membabitkan kes fizikal (asrama, senior-junior). Mulai 2011, data rasmi menunjukkan purata sekitar 3,000 kes setahun, dengan peningkatan kepada 3,400 hingga 3,800 kes antara 2016 hingga 2019.

Pada 2020 buli di sekolah mencatatkan penurunan kes susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pendemik Covid-19, namun kes buli siber membabitkan remaja pula dilapor meningkat.


Isu buli kembali menjadi sorotan ramai susulan kematian Zara Qairina yang dipercayai berpunca daripada jenayah berkenaan.


Rakyat yang bersimpati menzahirkan sokongan dan mendesak agar pelaku segera diadili, namun penyebaran berita palsu oleh sebahagian warganet telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai dan memuncakkan lagi kemarahan rakyat sehingga menyukarkan proses siasatan oleh pihak berkuasa.


Lebih malang, kemarahan rakyat telah diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk membuat serangan politik terhadap kerajaan dengan pelbagai tuduhan jahat dilemparkan termasuk kepada Menteri Pendidikan.


Sementara itu, Wan Fauzuldin menerusi hantarannya turut mengingatkan mahasiswa agar tidak membiarkan diri mereka menjadi alat kepentingan politik.


Katanya, jika GAMIS benar-benar mahu menuntut keadilan, mereka juga sepatutnya bersuara mengenai kes Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, pelajar maahad tahfiz di Kok Lanas, Kelantan yang ditemui mati pada Disember 2013.


"Kenapa GAMIS diam dalam isu arwah adik Faris yang ditemui tergantung di maahad tahfiz Kok Lanas? Apakah ada desakan mudir maahad berhenti? Ada desakan (supaya) exco pendidikan/agama Kelantan berundur? Tidak.


"(Apakah) sebab ia sekolah agama bawah Kerajaan Negeri Kelantan, bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan)?


"Mengapa serang Fadhlina seorang? Ini bukti GAMIS tak ikhlas dan hipokrit," kata beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Paya Besar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page