top of page

Kenang sejarah, identiti, mercu tanda Kampung Kerinchi dirasmikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15
  • 1 min read

Datuk fahmi merasmikan Mercu Tanda Kampung Kerinchi bersama pimpinan dan warga kampung berkenaan
Datuk fahmi merasmikan Mercu Tanda Kampung Kerinchi bersama pimpinan dan warga kampung berkenaan

Mercu Tanda Kampung Kerinchi yang menjadi simbol sejarah, identiti, dan perjuangan masyarakat setempat telah dirasmikan pada Khamis dalam satu majlis yang penuh bermakna.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, mercu tanda itu bukan sekadar penanda lokasi, tetapi bukti penghargaan terhadap kisah dan perjuangan penduduk Kampung Kerinchi yang wajar terus diingati dari generasi ke generasi.


"Saya percaya nama dan kisah Kampung Kerinchi ini mesti terus terpahat, bukan sekadar di peta, tetapi di hati setiap generasi.


"Arus pembangunan harus datang bersama komitmen untuk memastikan anak-anak tempatan membina masa depan di tanah kelahiran sendiri, tanpa perlu meninggalkan akar dan komuniti," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Menerusi hantaran sama, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan komitmen untuk terus memperjuangkan agar projek-projek perumahan baharu seperti Residensi Madani dan Residensi Wilayah memberi keutamaan kepada warga Lembah Pantai.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah bersama menjayakan usaha ini.


"Semoga mercu tanda ini menjadi peringatan bahawa kemajuan dan pembangunan hanya benar-benar bermakna apabila kita memberi penghargaan kepada sejarah dan memelihara masyarakat yang menjadi nadi kawasan ini," jelasnya.


Untuk rekod, Kampung Kerinchi berhampiran mercu tanda utama seperti Menara Telekom Malaysia, Angkasapuri, dan Universiti Malaya diasaskan pada akhir abad ke-19.


Diteroka orang Kerinchi yang merantau dari Aceh, Jambi dan Minangkabau di Sumatera, kawasan berbukit itu pernah menjadi kawasan pertanian utama di Kuala Lumpur.


Pada 2012, nama penempatan itu ditukar kepada Bangsar South. Bagaimanapun Fahmi menerusi manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) berjanji akan mengembalikan semula nama asal Kampung Kerinchi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page