top of page

Kenaikan OPR ke paras sebelum pandemik tanda ekonomi sihat - Penganalisis



Penganalisis ekonomi memberi penilaian baik terhadap keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus sebagaimana kadar sebelum pandemik Covid 19 pada 2020 - 2022 lalu.


Menurut Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade, Vincent Lau, kenaikan OPR selepas dikekalkan pada Januari dan Mac tahun ini dijangka merupakan yang terakhir bagi tahun 2023.


"Kenaikan kadar itu sememangnya satu langkah mengejut kerana pandangan konsensus menjangkakan tiada kenaikan kali ini," katanya dipetik Bernama.


Penganalisis ekonomi, MIDF Research pula menjangkakan OPR akan kekal pada status quo sekurang-kurangnya sehingga akhir 2023.


Firma itu percaya tumpuan penetapan dasar monetari BNM ketika ini adalah untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.


"Dengan OPR dipulihkan ke tahap sebelum pandemik, kami yakin BNM akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya memantau perkembangan bank-bank pusat utama," katanya.


Tambah MIDF Research, jika ekonomi domestik Malaysia meningkat lebih baik daripada jangkaan, BNM akan mengoptimumkan bahagian kewangannya dengan menormalkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 2 peratus kepada 3 peratus tahun ini.


Bagaimanapun, MIDF Research berkata, keputusan itu tertakluk kepada kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga dan peningkatan selanjutnya dalam keadaan makroekonomi, khususnya pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan permintaan domestik yang semakin meningkat.


Untuk rekod, sewaktu pandemik Covid 19 kadar OPR diturunkan bagi mengurangkan beban peminjam individu dan syarikat dalam membayar kadar faedah pinjaman. Dengan OPR yang tinggi juga dijangka pelabur akan kembali menyimpan untuk mendapat pulangan kadar faedah tinggi dan tidak membawa dana ke pasaran luar yang menjanjikan pulangan maksimum.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page