top of page

Kenaikan kadar OPR bank sebulan sekali picu kenaikan kadar faedah pinjaman - AMK Kemaman



Kenaikan kadar dasar semalaman (overnight policy rate (OPR)) oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam dikritik oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemanan, Terengganu.


Menurut kenyataan AMK Kemaman, kenaikan OPR itu amat mengecewakan kerana bakal memicu kenaikan kadar faedah pinjaman yang akan menekan rakyat di tengah tengah inflasi melampau.


"AMK Kemaman mengecam tindakan ini kerana ini akan memburukkan lagi keadaan ekonomi rakyat yang sudah sedia tenat.


"Kenaikan kadar OPR kali ini adalah kenaikan kedua secara berturut-turut sejak 2 bulan lalu. Sebelum ini pihak Bank Negara telah pun menaikkan kadar OPR kepada 2%. Kenaikan kali ini sebanyak 25 mata menjadikan kadar OPR semasa kepada 2.25%


"Kenaikan kadar OPR ini akan meningkatkan kadar bayaran bulanan pinjaman bank dan akan menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat bertambah teruk," kata kenyataan itu.


Menurut AMK Kemaman lagi, rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan pemotongan subsidi minyak masak dan juga kenaikan harga barang tentunya tidak dapat menerima kenaikan kadar faedah pinjaman.


AMK Kemaman juga bimbang akan berkurangnya aktiviti ekonomi dengan peningkatan harga barang dan pembiayaan.


"Oleh itu, AMK Kemaman mendesak pihak kerajaan menyelesaikan permasalahan ekonomi rakyat yang semakin memburuk. Kami sudah tidak dapat menerima ketidakcekapan pihak kerajaan dalam mengurus ekonomi negara


"Dengan ini pihak AMK Kemaman akan memastikan kerajaan ini akan ditumbangkan pada pilihan raya umum yang akan datang.


"Kami akan terus berjuang menentang segala bentuk kezaliman kepada rakyat oleh kerajaan yang tidak layak diberi mandat memerintah seperti kerajaan hari ini," kata mereka lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page