top of page

Kenaikan inflasi mula tunjuk kesan: Gelandangan meningkat di Kuala Lumpur?



Kenaikan inflasi yang ditandai dengan peningkatan keseluruhan harga barangan pengguna di Malaysia mula menunjukkan kesan buruk apabila meningkatnya jumlah gelandangan di ibu negara Kuala Lumpur.


Trend perningkatan itu, menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, boleh dinilai berdasarkan semakin banyaknya golongan yang menerima makanan panas daripada NGO NGO yang beroperasi menyediakan keperluan hidup kepada gelandangan.


Salah satunya, kata Andre, adalah unit sukarelawan KEADILAN Cabang Wangsa Maju yang dianggotai beberapa Ahli Jawatankuasa Cabang seperti Ivan, Manoj dan juga Jackie, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wangsa Maju.


"Mereka ini telah sekian lama membuat sumbangan makanan panas kepada golongan yang merana di tepi jalan.


"Saya akui, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama ini telah banyak membuat kerja yang baik menangani isu gelandangan. Banyak pusat gelandangan tetap dan sementara disediakan, juga DBKL bekerjasama dengan NGO memberi makanan serta bantuan perubatan.

"Akan tetapi isu gelandangan adalah tanda kegagalan pengurusan negara. Dua tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang memilih untuk menetap di atas jalan," katanya.


Tambah Andre, trend mengejutkan ketika ini gelandangan bukan lagi terdiri daripada anak muda keciciran sekolah atau tidak berkelulusan, sebaliknya golongan terpelajar turut sama merempat kerana tidak berupaya bertahan hidup di kota besar.


"Ada gelandangan terdiri daripada golongan terpelajar. Saya pernah melihat mereka ini yang mempunyai tahap pelajaran baik dan ada yang fasih dalam Bahasa Inggeris.


"Apabila bertanya tentang kepayahan hidup mereka, banyak jawapannya. Tetapi kebanyakkan fokus kepada ketidakmampuan untuk meneruskan kehidupan sediakala kerana faktor inflasi dan kehilangan sumber pendapatan.


"Ada juga yang segan memberitahu keluarga yang mereka terpaksa merana di atas jalan," ujarnya.


AJK KEADILAN Cabang Wangsa Maju sering membekalkan makanan panas kepada gelandangan

Justeru, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu mengkritik polisi kerajaan BN sejak sedekad terakhir yang sibuk mengejar kemajuan tetapi tidak melihat kepada sisi lain kehidupan seperti keciciran dalam kalangan warga kota.


"Selama ini, negara mengejar kejayaan dan kemewahan, tanpa melihat indikator inflasi yang semakin naik.


"Dalam tempoh pandemik, negara sepatutnya boleh lebih menumpukan perhatian (soal keciciran dan jurang pendapatan) tetapi tetap terlepas pandang.


"Kegagalan (kemusnahan ekonomi) Greece 2008 kita terlepas pandang, kegagalan Sri Lanka 2021 juga kita terlepas pandang," katanya.


Beliau khuatir jika tiada langkah padu diambil kerajaan ketika negara dilanda inflasi luar biasa seperti sekarang maka lebih banyak rakyat yang memilih untuk hidup di tepi jalan dan mengharapkan bantuan daripada orang ramai pada masa hadapan.


"Apa yang berlaku ketika ini mungkin permulaan. Tidak boleh ditolak akan lebih ramai lagi yang memilih jalan ini, sekiranya keadaan negara tidak bertambah baik," ujar Andre lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page