top of page

Barang keperluan melambung: PN perlu ikut dasar kawalan harga PH


Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal mengawal kenaikan harga bahan makanan basah sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Menurut PH, harga bahan keperluan asas tidak wajar meningkat sekiranya kerajaan PN mempunyai strategi kawalan harga yang berkesan sebagaimana dilakukan Kerajaan PH pada 2018 dan 2019 lalu. Sehubungan itu, Majlis Setiausaha menyeru agar pentadbiran PM Muhyiddin Yassin mengulang guna strategi yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya demi mengurangkan beban rakyat. "Kelihatan Kerajaan PN, khususnya Menteri dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lambat bertindak serta tidak berjaya mengawal kenaikan harga barang secara memuaskan. "PN seharusnya menggunakan kejayaan PH mengawal kenaikan harga sepanjang 22 bulan mentadbir sebagai kayu ukur dan meneruskan dasar-dasar menjaga kemaslahatan dan kebajikan rakyat. "Pada ketika ramai hilang punca pendapatan malah juga pekerjaan, dibeban pula dengan perbelanjaan besar menjelang Hari Raya, perkara yang paling diharap oleh rakyat adalah Kerajaan yang proaktif menyelesaikan masalah rakyat," kata kenyataan bersama itu. Kata mereka lagi, salah satu perkara asas yang dilaksanakan Kerajaan PH tetapi tidak diteruskan PN adalah mengawal bukan sahaja jumlah barangan kawalan yang lebih banyak (27 jenis barangan di bawah PH berbanding hanya 11 di bawah PN) tetapi juga jumlah hari kawalan, iaitu 30 hari di bawah PH berbanding hanya 15 hari di bawah PN. Perbezaan jumlah barang dan hari kawalan ini, menurut mereka, cukup memberi kesan kepada harga barang akibat permintaan tinggi khususnya sekitar musim perayaan. "Oleh itu, Majlis Setiausaha menggesa Kerajaan untuk meningkatkan jumlah barangan kawalan dan hari kawalan, serta segera melaksanakan apa-apa langkah yang patut untuk menurunkan harga barangan keperluan penting bagi Hari Raya Aidilfitri ini," kata mereka lagi. Kenyataan bersama itu dikelaurkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, wakil DAP Chong Chieng Jen dan wakil Amanah Datuk Dr Hatta Ramli.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page