top of page

Kenaikan harga beras akibat dasar remehkan pertanian era Tun Mahathir



Pembangkang PN menyerang Kerajaan Perpaduan tanpa henti berikutan kenaikan harga beras import serta kekurangan beras tempatan di pasaran.


Namun tanpa rakyat sedar kekurangan beras pada waktu ini adalah akibat fatal dasar meremehkan sektor pertanian yang dimulai oleh Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohamad tiga dekad lalu.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Ramikin, sekiranya dasar perindustrian Tun Mahathir ketika itu tidak meremehkan sektor penanaman padi, maka kenaikan harga beras hari ini tidak akan berlaku dan Malaysia telah mencapai tahap sara diri (SSL) bagi beras.


"Sebenarnya kenaikan harga beras ini didorong oleh tindakan negara India melarang eksport beras putih bukan basmathi. India merupakan pengeksport beras terbesar dunia dan menyumbang sekitar 40 peratus daripada perdagangan beras global.


"Selain itu, Myanmar juga mengikuti langkah India dengan melaksanakan sekatan selama dua bulan ke atas eksport beras. Perkara ini menyebabkan negara-negara pengeluar beras seperti Vietnam dan Thailand terpaksa menaikkan harga


"Sebenarnya apa yang berlaku hari ini boleh dielakkan sekiranya pemimpin terdahulu mengambil tindakan tepat terutama berkait keterjaminan makanan serta infrastruktur asas. Ini meliputi perancangan dan kesan untuk 20 ke 30 tahun mendatang.


"Sejak era pentadbiran Mahathir, pembangkang telah menyatakan perlunya keseimbangan di antara pembangunan perindustrian dan pertanian.


"Ini setelah beberapa negara maju pada ketika itu terpaksa bergantung kepada bekalan import dan ia sangat merisaukan. Apatah lagi harga bekalan yang diimport di luar bidang kuasa kerajaan untuk mengawal," katanya dalam satu kenyataan.


Malangnya, tambah Razeef, dasar perindustrian Tun M yang lebih menumpukan kepada industri berat dan mengutamakan sektor pertanian komoditi seperti sawit dan getah menyebabkan negara tidak pernah mencapai SSL dan terus terpaksa mengimport 30% daripada keperluan beras domestik.


Malah, katanya, negeri yang terkenal dengan jolokan 'jelapang padi' negara juga tidak berperanan setelah ia dijadikan pusat perindustrian termasuk pembukaan Kulim Hi-Tech.


Namun apabila berlaku kenaikan harga beras hari ini, pembangkang yang kini di dalamnya wujud Tun M, kata Razeef, menyalahkan Kerajaan Perpaduan kononnya gagal mewujudkan stok bekalan beras mencukupi.


"Bagi saya kenaikan harga beras merupakan isu global dan bukannya kegagalan pihak kerajaan. Malah harga bahan mentah di negara ini adalah antara terendah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.


"Hakikatnya, di sebalik krisis ini kerajaan masih mampu mengawal harga bekalan beras selain memastikan ianya mencukupi.


"Saya yakin kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di landasan tepat membawa negara keluar dari pelbagai krisis, termasuklah krisis bekalan makanan dan krisis ekonomi," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page