top of page

Kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar akan ditambah baik



Usaha Ahli Parlimen menyantuni sekolah di kawasan Parlimen masing-masing mampu membantu menangani masalah yang berlaku di sekolah.


Pandangan itu dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil semasa lawatannya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar pada Isnin.


"Saya nampak ini mungkin satu perkara yang boleh bantu tambah baik.


"Tahun lalu saya bantu menaik taraf internet di semua 12 sekolah rendah dan menengah di Lembah Pantai, tahun ini kita fokus kepada aspek fizikal dan inshaAllah kita akan teruskan usaha ini," katanya dipetik.


Menyentuh lawatannya ke sekolah berkenaan, Fahmi berkata beliau mendapati beberapa penambahbaikan pelbagai kemudahan seperti tandas dan penyaman udara serta aspek 'non-structural' perlu dilakukan.


Justeru tindakan susulan akan dilaksanakan bagi tujuan itu.


"Di SK Bangsar ada beberapa perkara sedang diteliti termasuk menambah baik tandas dan kawasan yang tak dilakukan mungkin sejak 2016 dulu.. nampak macam ada retakan kecil sedang ditambah baik.


"Pemaju di kawasan sekitar dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sedang meneliti (penambahbaikan)… inshaAllah kita akan susuli dengan beberapa tindakan untuk membantu menambah baik kemudahan di SK Bangsar," katanya.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi sebelumnya meluangkan masa kira-kira hampir sejam meninjau sekolah berkenaan.


Lawatan itu adalah kesinambungan daripada aktiviti ziarah serta menyantuni masyarakat di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Terdahulu lawatan sama dilakukan di SK Bukit Bandaraya dan SK Bukit Pantai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page