top of page

Kemudahan infrastruktur, staf Hospital Selayang bakal ditambah baik



Kemudahan infrastruktur dan sumber manusia untuk Hospital Selayang, Selangor bakal ditambah baik, kata Menteri Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke hospital itu semalam berkata, bagi tujuan itu kementerian akan menggariskan beberapa rancangan strategik bagi melaksanakannya.


"Hari ini saya dapat melihat secara dekat dan kenal pasti keperluan mendesak…ada perkara penting yang saya akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan saya mahukan perolehan dibuat segera.


"Antara yang saya perhatikan tadi adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) yang sudah tergendala sekian lama menyebabkan semuanya dibuat secara manual.


"Kita akan tangani segera sistem digitalnya, perolehan peralatan dan meredakan kesesakan di hospital termasuk (menambah baik) perkhidmatan lif," katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

Semasa lawatannya, Dr Dzulkefly meninjau operasi harian beberapa jabatan penting hospital berkenaan termasuk Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan, Jabatan Patalogi, Perkhidmatan Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.


Beliau menghargai ketabahan dan kreativiti petugas hospital berkenaan dalam mengekalkan perkhidmatan pesakit yang lancar.

Sementara itu jelasnya, penambahbaikan infrastruktur dan sumber manusia untuk Hospital Selayang perlu bagi memastikan hospital itu tidak hanya memenuhi, tetapi melebihi harapan rakyat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang efisien dan efektif.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page