top of page

Kempen Suhaizan rancak santuni pengundi Pulai



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Selain perlu menghadiri pelbagai jadual kempen, khususnya dalam bentuk ceramah dan memberi ucapan, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Suhaizan Kaiat turut memberi keutamaan mendekati pengundi secara langsung.


Sekurang-kurangnya enam atau tujuh program bertemu pengundi atau walk about dilakukannya setiap hari sebaik saja berakhirnya hari penamaan calon, Sabtu lalu.


Ia biasanya merangkumi tiga atau empat program pada sebelah pagi sehingga tengahari dan diikuti dengan jumlah yang sama pada sebelah petang.


Pada Isnin lalu misalnya, jadual Suhaizan ialah 8.30 pagi - ziarah kematian di Masjid Taman Kobena, 9.00 - sarapan di Warung Otai JDT, 9.30 pagi - ramah mesra petugas kluster 1, 11.30 pagi - lawatan ke Rumah Berhala Sam Siang Keng, 12.00 tengahari - walk about di Jalan Tan Hiok Nee, 3.00 petang - program bersama Kemas Taman Perling, 5.30 petang - walk about Pasar Malam Taman Sutera dan 8.30 malam - kenduri di Restoran Asam Pedas Desa Rahmat.


Dalam setiap walk about yang dihadirinya, beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengundi sambil bertanya khabar dengan mereka.


Suhaizan berharap beliau dapat pergi ke semua tempat tumpuan ramai, pasar malam, taman perumahan, kampung dan sebagainya di Pulai dalam tempoh dua minggu kempen diadakan.


Pada sebelah malam pula, Suhaizan biasanya akan pergi ke tempat-tempat di mana ceramah diadakan dan akan memberi ucapan ringkas di setiap tempat yang dihadirinya itu.


Ceramah beliau lebih tertumpu untuk memperkenalkan dirinya, memohon sokongan dan menyatakan perancangan yang akan dilakukannya selepas terpilih sebagai Ahli Parlimen pada 9 September nanti.


Bagi Suhaizan, beliau berasa seronok dengan setiap walk about yang dihadirinya kerana ia memberi peluang kepadanya untuk beramah mesra dan berkenalan dengan pengundi.


"Semua ini bertujuan untuk memudahkan tugas saya apabila saya terpilih sebagai Ahli Parlimen nanti.


"Malah dengan adanya hubungan itu, ia juga memudahkan untuk mereka membangkitkan apa juga masalah yang perlu penyelesaian atau bantuan daripada kerajaan selepas ini," katanya.


Sebagai pemimpin yang sudah lama menjadikan Pulai sebagai tapak berpolitik, tiada lain yang menjadi keutamaan Suhaizan melainkan memberi khidmat terbaik kepada pengundi kawasan tersebut.


Ditambah dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang merupakan penyandang kerusi Ahli Parlimen Pulai sebelum ini, Suhaizan berjanji akan meneruskan segala khidmat bakti dan kegigihan menyantuni rakyat yang menjadi amalan Allahyarham selama ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page