top of page

Kempen Sejuta Poskad Edisi Palestin ke S/U Agung PBB digerakkan



Rakyat Malaysia dialu alukan untuk menghantar poskad edisi khas Palestin untuk dipos kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterrez bagi menamatkan pendudukan Israel ke atas Tebing Barat dan Gaza, Palestin.


Menurut kenyataan Ops Ihsan - gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan - kempen sejuta poskad akan digerakkan bersama Pos Malaysia dan inisiatif itu seharusnya disokong oleh rakyat yang bersolidariti dengan nasib penduduk Palestin.


"Sebagai tanda solidariti keatas rakyat Palestin, Ops Ihsan dengan kerjasama Pos Malaysia akan mengerakkan kempen Sejuta poskad edisi khas Palestin untuk dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterrez - menggesa Palestin diterima sebagai salah satu ahli anggota penuh di PBB," kata Ops Ihsan dalam satu kenyataan.


Selain itu, gabungan tersebut juga menyokong kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan agar masyarakat antarabangsa melaksana tanggungjawab murni dan menjadi pemerhati kepada setiap tindak tanduk Israel untuk mematuhi perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


Gabungan NGO itu juga mengalu alukan keputusan interim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin yang menerima hujahan Afrika Selatan membawa Israel ke sidang ICJ atas tindakan melanggar Konvesyen Genosid.


"Tindakan kejam rejim Zionis sejak 75 tahun lalu kini akan diperhalusi satu persatu oleh mahkanah perbicaraan utama kelak.


"Keputusan interim ICJ adalah kemenangan kecil bagi rakyat Palestin yang telah lama hidup dengan penindasan.


"Keputusan ini hadir selepas puluhan ribu orang awam menjadi mangsa keganasan buas tentera penjajah, kemusnahan menyeluruh harta dan infra struktur, dinafikan hak untuk kemudahan asas dan bantuan kemanusiaan adalah permulaan kepada keadilan yang telah lama dinafikan," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page