top of page

Kempen Santuni Anggota: Aktifkan ahli KEADILAN dengan aktiviti



Hampir 25 tahun penubuhan Parti Keadilan Rakyat, menyaksikan parti itu telah mengumpul lebih 1.2 juta anggota berdaftar.


Bagaimanapun, menurut Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, Rodziah Ismail, meskipun memiliki keahlian yang banyak namun wujud mereka yang tidak dikenali oleh pimpinan tidak membawa banyak erti kepada gerak kerja parti.


Sehubungan itu KEADILAN Shah Alam semalam, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabangnya, melancarkan kempen "Santuni Anggota", tertumpu untuk mengenali lebih dekat ahli dan mendalami keperluan serta aktiviti yang sesuai untuk mereka lakukan.


"Hari ini Jawatankuasa Cabang Shah Alam melancarkan kempen Santuni Anggota. Kami dalam mesyuarat yang lepas kita merasakan bahawa kempen ini perlu, memandangkan kita tidak mahu mempunyai ahli yang ramai tetapi tidak mengetahui di mana duduk anggota kita


"Dengan lancarnya kempen ini saya selaku Ketua Cabang mengharapkan bukan sahaja kita boleh mengenali mereka tetapi dapat juga menyelami bagaimana keadaan mereka sebagai ahli.


"Contohnya situasi kesihatan atau kebajikan keluarga. Tadi ada usul nak terlibat dalam perniagaan. Dengan santuni ini, bukan sahaja mengenali atau tahu siapa nama tetapi ada borang untuk diisi, apakah keperluan mereka. Jawatankuasa akan menilai mana ahli yang paling ramai dapat menyantuni, siapa anggota dapat membawa atau mentadbir anggota di bawah mereka, mereka akan diajar bagaimana untuk menguruskan para anggota," ujarnya.


Menurut Rodziah lagi, selain menyusun kembali anggota, kempen tersebut juga akan menjadikan anggota sebagai mata dan telinga parti atau untuk menyampaikan penerangan kepada masyarakat.


"Kita juga akan mengenali apakah latihan kesesuaian mereka dalam aspek sikap, skil dan pengetahuan yang ada.


"Kita buka kempen ini selama 6 bulan. Saya akan panggil Ketua Ranting selepas ini dan adakan taklimat khusus, dan kita harap dalam 30% ahli KEADILAN dapat kita kenali," katanya.


Bagaimanapun untuk ahli baharu kata Rodziah, kempen lain akan dilakukan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page