top of page

Kempen saat akhir di DUN Klias bersemangat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 25, 2020
  • 1 min read


Kempen hari penghabisan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di N32 DUN Klias meriah apabila Penerangan KEADILAN Johor turun membantu menganjurkan flashmob KEADILAN bersama calon Abdul Rahman Md Yakub.


Flashmob dianjurkan pada pagi tadi di jalan utama pekan Beaufort dan mendapat sokongan menggalakkan dari penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.



"Penduduk tempatan memberikan sokongan kepada kami dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing


"Flashmob ini berjaya dianjurkan atas kesepakatan anggota KEADILAN Johor, sekaligus menaikkan lagi publisiti buat calon dan parti.


"Tidak lupa juga kepada jentera KEADILAN Cabang Beaufort dan WARISAN Bahagian Beaufort yang mengambil bahagian," kata satu kenyataan di Facebook Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.


Kempen saat akhir akan berterusan sehingga jam 12 malam ini sebelum tamat dan pengundian akan bermula pada jam 8.00 pagi, 26 September.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page