top of page

Kempen Reben Putih kedua dilancar, fasa KEADILAN mendengar keluhan rakyat



Kempen Reben Putih pertama kali dilancarkan pada tahun awal Reformasi 1998.


Kempen tersebut lebih kepada perlawanan 'keamanan' menentang rejim 'penindas' BN dan berjuang untuk mengembalikan negara hukum ke dalam pentadbiran Malaysia.


Namun hari ini, kempen Reben Putih kedua dilancarkan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya sebagai fasa KEADILAN mendengar keluhan rakyat.


Cuma hanya seorang tokoh yang diberi penghormatan melancarkan kempen itu untuk pertama dan kedua kalinya, iaitu mantan presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.


Upacara pelancaran kempen tersebut dilakukan dengan menyematkan Reben Putih kepada Preisden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbolik.


Selain itu, AJK penganjur kongres Generasi Keadilan juga dijemput ke atas pentas untuk meraikan pelancaran kerana sebahagian besar mereka adalah reformis awal pada 1998, yang menyaksikan jatuh bangun perjuangan KEADILAN.


Pelancaran tersebut dimeriahkan dengan solidariti kepada komposer muzik terkenal Yassin Sulaiman yang didakwa menggunakan dadah di mahkamah baru baru ini.


Lagu 'Teman Sejati' yang turut dinyanyikan oleh Yassin berkumandang sebagai acara kemuncak ucaptama Kongres Generasi Keadilan dan pelancaran kempen Reben Putih.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page