Kempen calon calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Gudang mendapat sambutan menggalakkan dari pengundi bangsa Johor.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim turut membantu kempen PH di DUN Permas dan DUN Johor Jaya.
"Saya menyertai kempen Syed Othman Abdullah, calon PH dari Amanah di DUN 43 Permas. Program dilakukan selepas penamaan calon, iaitu walkabout di pekan Masai.
"Kemudian saya menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan pilihan raya calon N42 Johor Jaya, saudari Liow Cai Tung, calon PH dari DAP yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada petangnya," kata Hassan.
Menurut Hassan, turut hadir dalam perasmian bilik gerakan itu adalah supremo DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Comments