top of page

Kempen 'pelik' berkaitan Pengerusi PN Selangor di Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 11, 2023
  • 1 min read


Menjelang hari mengundi 12 Ogos 2023 dalam Pilihan Raya Negeri Selangor, satu kempen agak 'pelik' berlaku berhampiran dan di kawasan DUN Hulu Kelang yang mana Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali bertanding.


Tular di media sosial kain pemidang atau banner gambar wajah Azmin dan tertera tulisan mirip mesej di media sosial berbunyi: "Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur"


Dipercayai mesej lama tersebut merujuk kepada parti yang kini menjadi komponen PN kerana tertera tarik 21 Mar 17, ketika Pas masih berada dalam kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Azmin.


Maklumat di media sosial tidak jelas penyokong mana yang melakukan perbuatan tersebut, dan sebab juga kurang jelas.


Bagaimanapun, persaingan amat sengit di Hulu Kelang di antara calon Pakatan Harapan yang juga anak jati kawasan itu Juwairiya Zulkifli dan Azmin yang berasal dari salah satu kampung di DUN berkenaan memungkinkan pelbagai perkara berlaku.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page