top of page

Kempen ‘Pass It Forward’ didik rakyat jadi masyarakat prihatin – KEADILAN Taiping

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 4
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Saranan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar agar individu berkemampuan memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada golongan lebih memerlukan terus mendapat sokongan.


KEADILAN Cabang Taiping menegaskan pendekatan itu wajar diperluas kerana bukan sahaja memastikan manfaat SARA sampai kepada golongan sasar, malah memupuk budaya saling membantu dalam masyarakat.


"Saranan ‘pass it forward’ oleh Timbalan Presiden membuktikan kepimpinan KEADILAN bukan sahaja menyalurkan bantuan, tetapi turut menggalakkan rakyat memainkan peranan membantu golongan susah.


"Di Taiping sahaja, lebih 100 ahli KEADILAN berkemampuan menyatakan kesediaan melaksanakan amalan ini dalam tempoh dua hari," kata Naib Ketua II KEADILAN Taiping, Muzamir Ismail (gambar) dalam kenyataan.


Terdahulu, Nurul Izzah bersama Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari menggerakkan kempen ‘Pass It Forward’ bagi menggerakkan rakyat menyalurkan semula bantuan SARA RM100 kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Nurul Izzah menerusi satu kenyataan berkata, jumlah RM100 sebagai hadiah penghargaan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas itu mungkin kecil bagi golongan berkemampuan, namun besar ertinya bagi golongan serba kekurangan.


Sementara itu Muzamir menegaskan KEADILAN Taiping mendukung usaha ini agar semangat ‘Pass It Forward’ menjadi budaya dalam masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page