top of page

Kempen p'raya: Pernah dengar Hj Hadi, pemimpin Umno cakap soal naik gaji rakyat?



Masalah kehidupan rakyat Malaysia semakin berat akibat kos sara hidup melambung yang tidak dihadapi oleh banyak negara lain kerana kerajaan tidak mempunyai polisi menaikkan gaji rakyat.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, rakyat Malaysia amat malang kerana kerajaan yang memerintah tidak mahu memikirkan cara untuk memperbaiki kadar gaji rakyat biar pun setiap bulan harga barang meningkat.


"Keluar universiti gaji macam budak tak ada pendidikan, akhirnya kita lahirkan satu generasi yang tak yakin dengan pendidikan.


"Bayangkan kalau kita tak ubah keadaan ini dan selesaikan masalah gaji. Bagaimana bentuk masyarakat kita 10 - 15 tahun dari sekarang.


"Masalah manghimpit kita hari ini berpunca dari kerajaan yang gagal campurtangan soal penetapan gaji, supaya gaji untuk rakyat terbanyak naik tiap tahun.


"Kalau tanya kerajaan BN, mereka jawab gaji tak ada kena menega dengan kerajaan. Gaji ni antara majikan pekerja.


"Saya tahu nak paksa majikan naik gaji mampus majikan. Tetapi bagaimana negara lain fikir naik gaji tiap tahun? Gaji naik sikit sikit sampai peringkat gaji rakyat lebih tinggi daripada sedekad lalu," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu turut membandingkan pasaran pekerjaan ketika ekonomi Malaysia dipuncaknya pada 1990an lalu. Beliau yang pulang dari United Kingdom (UK) dan bekerja dengan Petronas waktu itu dibayar gaji lebih RM3,000


Ketika itu, katanya nilai gaji tersebut cukup tinggi sehingga boleh memberi kereta dan rumah secara ansuran.


"Saya lulus universiti 1999, kerja di UK kemudian lepas 3 tahun balik Malaysia kerja di Petronas. Gaji saya RM 3,750. Ini 20 tahun lepas. Zaman harga barang, rumah rendah. Saya kerja 3 - 4 tahun boleh beli kereta, rumah.


"Sekarang keluar universiti jurutera kalau dapat kerja gaji RM2,500 dikira baik. Ada yang gaji RM2,000 balik luar negara. Hanya di Malaysia berlaku begini. Sebabnya kegagalan keajaan untuk memastikan dari setahun ke setahun gaji rakyat terus naik.


"Bila gaji naik, harga barang naik tak ada masalah," kataya.


Oleh itu, tegas Rafizi amat penting kerajaan Malaysia memikirkan untuk membawa masuk pelaburan, menaiktaraf pendidikan dan sebagainya


Beliau tertanya tanya, adakah hal itu telah diperkatakan oleh pemimpin kerajaan hari ini.


"Berapa banyak parti politik bercakap mengenai gaji rakyat. Pernah dengar Hj Hadi cakap gaji rakyat?


"Hj Hadi cerita pasal ada iblis dalam PH. Dulu dia cerita pasal ayam, itik, buaya sekarang naik tinggi sikit cerita iblis. Umno BN pula, ada dengar cerita pasal gaji rakyat?


"BN orang sibuk pasal banjir, budak tak ada kerja, harga barang, mereka fikir pasal Rosmah rindu Najib. Panggil satu Malaysia perjumpaan tergempar penuh dewan, 'kita rindu kepada Najib, dia tak dapat kopi yang dia suka'.


"Bagi saya siapa jadi menteri boleh tak kamu tolong buat kerja. Jadi menteri kerja dia merasmi kawasan, rasmi program. Ini tak membantu menyelesaikan masalah gaji rakyat.


"Saya nak tengok parti politik berlumba tawarkan kepada, kalau kami menang ini kami buat soal gaji. Kalau menang ini tokoh yang berwibawa akan bantu rakyat," katanya.


Justeru itu, kata Rafizi, rakyat perlu memilih parti yang faham masalah sebenar negara dan tahu kaedah penyelesaiannya.


Mengundi parti yang tidak tahu hujung pangkal masalah adalah percuma, dan melelahkan rakyat untuk 5 tahun lagi.


"Sekarang yang cerita pasal gaji, kami dalam PH. 60 tahun Umno BN berkuasa, hasil berkuasa itu itu kita ada masalah. Sebab itu Umno BN dan Pas dalam tempoh kita kempen ini dia tak sentuh soal gaji, soal pendidikan.


"Dia akan ulang berkali kali kalau undi KEADILAN dan PH maka Cina, India akan ambil alih negara ini.


"Melayu ini hanya boneka kepada Cina dan India," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page