top of page

Kempen KitaKawan: Suburkan perpaduan, keharmonian masyarakat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 3, 2024
  • 1 min read

ree

Adu domba yang berterusan dalam masyarakat oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak seharusnya dibiarkan berterusan.


Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan semalam melancarkan Kempen #KitaKawan bertujuan mengajak masyarakat mengetepikan perbezaan dan mengutamakan keharmonian di antara kaum di Malaysia.


Menurut Dr Zulkifli, kempen tersebut bagi memupuk semangat kebersamaan, perpaduan, dan keharmonian menerusi dialog dan advokasi.


Dialog yang diadakan semalam di Kompleks Islam, Putrajaya melibatkan 40 wakil daripada sekitar 300 badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Ikram Malaysia, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), dan Friendship Group of Inter-Religious Services.


ree
Peserta dari pelbagai NGO dan pertubuhan sosial/agama menyertai dialog

Pelbagai pandangan dan idea daripada pelbagai pertubuhan didengar pihak kerajaan. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan selepas ini adalah menganjurkan lebih banyak sesi dialog berkala selain segera menangani isu perpaduan yang timbul.


"Kita setuju teruskan dialog yang memupuk perpaduan dan juga adakan pertemuan berkala menbincangkan isu semasa dan bagaimana tangani keadaan


"Kita akan bawa perkara ini kepada pihak Kementerian Perpaduan, dan agama (Pejabat Menteri di JPM), agar membawa naratif bersama supaya inisiatif ini bersifat kolektif dan bersama," katanya.


Antara peranan yang bakal diambil oleh dialog berkenaan adalah memupuk advokasi dalam isu-isu yang berlaku, seperti itu stokin tertera kalimah Allah dan serangan terhadap beberapa premis KK Mart.


"Biarkan pihak berkuasa jalankan (siasatan) tetapi kami jalankan advokasi aspek kesedaran, kefahaman, dan kerjasama dalam bawa naratif perpaduan.


"Kita bersetuju sampaikan mesej keharmonian antara agama, itu penting," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page