top of page

Kempen 'Kerajaan Gagal' isyarat kemarahan anak muda memuncak


Kempen #KerajaanGagal yang banyak digerakkan oleh anak muda sejak kebelakangan ini merupakan isyarat jelas penolakan golongan berkenaan terhadap kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Omar Mokhtar A Manap (gambar, atas) dan Exco AMK Johor, Muhammad Faezuddin Puad, tindakan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh anak muda di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini jelas merupakan satu protes terbuka akibat rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar dan tindakan terbaharu pemerintah.


"Tindakan sekumpulan anak muda di Parit Raja itu dalam menunjukkan rasa protes dengan mengangkat kain rentang bertulis “kerajaan gagal” perlu dilihat dalam kerangka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 10 (1) (a), berhubung kebebasan bersuara dan berhimpun.


"Protes itu juga isyarat jelas kekecewaan dan kemarahan anak muda terhadap kerajaan yang jelas gagal menangani pelbagai isu seperti kos sara hidup, pengangguran, perniagaan yang terjejas, peningkatan jangkitan wabak Covid 19, peraturan dua darjat, pendidikan yang cacamarba dan banyak lagi yang boleh disenaraikan.


"Luahan kekecewaan, kemarahan serta rasa tidak puas hati ini juga boleh dilihat di media sosial dan siri demonstrasi yang telah diadakan di hadapan Parlimen serta beberapa lokasi lain termasuklah di Johor Bahru pada Mac lalu.

Muhammad Faezuddin Puad

"Maka amat tidak wajar rakyat yang menggunakan hak mereka terus ditekan, diugut mahupun didakwa dengan pelbagai pertuduhan sedangkan suara mereka yang sepatutnya disalurkan melalui Ahli Parlimen dan ADUN gagal diterjemahkan melalui saluran yang sepatutnya lantaran penggantungan sidang Parlimen dan DUN," kata mereka dalam satu kenyataan.


Oleh itu, kedua-dua pimpinan AMK itu menyarankan agar kerajaan PN lebih peka dengan keluh kesah dan penderitaan rakyat.


Menurut mereka, pendekatan undang-undang yang keras tidak akan menyelesaikan masalah kerana pencetus kepada masalah itu adalah tindakan politik PN merampas kuasa dari kerajaan yang sah, dan tidak pula kemudiannya membawa dasar-dasar yang lebih baik daripada Pakatan Harapan.


"Dalam situasi rakyat yang tertekan mutakhir ini, kerajaan wajar mengambil pendekatan lebih lunak dengan mendengar luahan dan aduan yang ingin disampaikan. Kerajaan usah terlalu cepat mengambil tindakan terhadap rakyat tatkala amalan dua darjat masih berlaku dan gagal ditangani.


"Kerajaan PN yang dipertikaikan keabsahannya diingatkan agar tidak begitu angkuh ketika berdepan kemarahan rakyat terutama anak muda. Janganlah kerana ingin menutup kegagalan dalam pemerintahan, ruang untuk rakyat bersuara ditutup dan disekat.


"Oleh itu, hashtag Kerajaan Gagal yang dimulakan di media sosial kini mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, AMK Johor menyeru agar kempen #KerajaanGagal terus diperhebat sesuai dengan kegagalan berterusan kerajaan PN menguruskan negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page