top of page

Kempen internet selamat diperluas ke bazar Ramadan seluruh negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
Datuk Fahmi melancarkan program Kempen Internet Selamat edisi Ramadan di Bazar Ramadan IWK Ecopark
Datuk Fahmi melancarkan program Kempen Internet Selamat edisi Ramadan di Bazar Ramadan IWK Ecopark

Kementerian Komunikasi akan memperluas pelaksanaan Kempen Internet Selamat edisi Ramadan ke bazar Ramadan di seluruh negara.


Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kempen tersebut bertujuan mendekati masyarakat secara lebih langsung, khususnya di lokasi tumpuan orang ramai sepanjang bulan Ramadan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara berhemah dan selamat.


"Kita akan mengaktifkan program Kempen Internet Selamat edisi Ramadan di beberapa lokasi bukan hanya di Kuala Lumpur tapi di seluruh negara.


"Hasratnya adalah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung di semua bazar Ramadan tentang keperluan untuk mereka sentiasa amalkan budaya untuk memastikan mereka dan keluarga mereka selamat bila menggunakan internet.


"Kita dapati pada hari ini, dalam pelbagai platform media sosial, ramai yang menjadi mangsa buli siber, scam, pedofilia, terutama mereka yang tidak mempunyai tahap literasi digital yang tinggi," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan program Kempen Internet Selamat edisi Ramadan di Bazar Ramadan IWK Ecopark, di Kuala Lumpur.


Fahmi sementara itu menjelaskan, pendekatan kempen tahun ini turut akan diperluas kepada komuniti termasuk persatuan penduduk, Jawatankuasa Rukun Tetangga serta institusi masjid dan surau.


"Kempen itu juga bagi mendidik orang ramai mengenai risiko di dunia siber dan selain menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak ketika menggunakan internet," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page