top of page

Kempen cegah wabak denggi di Flat Taman Utara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 2, 2023
  • 1 min read


Kempen mencegah wabak denggi dilakukan di Flat Taman Utara, DUN Batu Uban, Pulau Pinang berikutan peningkatan jangkitan penyakit denggi sejak kebelakangan ini.


Sehubungan itu, ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam (gambar, berdiri, berbaju biru gelap) menasihatkan penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah bagi mengelakkan nyamuk membiak dan menyebarkan denggi.


"Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah mengadakan saringan demam denggi yang bergejala di Flat Taman Utara untuk pengesanan awal.


"Untuk rekod, setakat hari ini 14 kes penyakit demam denggi telah dilaporkan di kawasan ini.


"Saya mohon penduduk memberikan kerjasama kepada pegawai kesihatan sekiranya mereka perlu melakukan pemeriksaan di dalam rumah," katanya dalam kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page