top of page

Kempen calon BN Bagan Datuk libatkan penjawat awam?



Kempen pilihan raya tidak sewajarnya melibatkan penjawat awam dalam program rasmi kerajaan.


Calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan bagi Bagan Datuk Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan muat naik yang tular di media sosial sejak beberapa jam lalu yang mendakwa penyandang kerusi parlimen berkenaan telah berkempen kepada guru guru kanan di daerah tersebut.


Sehubungan itu, beliau mahu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat sekiranya peraturan kempen pilihan raya telah dilanggar.

Majlis kerajaan didakwa dijadikan ceramah politik

"Saya menuntut penjelasan dari saudara Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu ini.


"Bagaimana penjawat awam boleh dipergunakan untuk kempen?


"Ini satu modus operandi usang memanipulasi program kerajaan bagi kepentingan politik, SPR wajib ambil tindakan tegas," tulis Shamsul di Facebook rasmi beliau.


Bersama catatan itu, Shamsul turut menyertakan surat jemputan kepada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan HEM dan Guru Kanan Kurikulum yang diminta hadir ke Dewan Dato' Abdullah Ahmad di Hutan Melintang menghadiri Bengkel Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Rendah (MySG) Daerah Bagan Datuk.


Juga diselitkan komen warganet yang tidak berpuas hati apabila majlis bengkel itu didakwa dijadikan majlis ceramah calon BN yang bertanding.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page