top of page

Kemiskinan Haid wujud biar pun wanita mewah tidak pernah melihatnya - Napsiah Khamis



Kemiskinan Haid sebagaimana yang diperjuangkan oleh Wanita KEADILAN dan beberapa NGO adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.


Sehubungan itu, Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis menempelak komen anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Zahid bahawa tuala wanita murah dan tiada isu Kemiskinan Haid di negara ini.


"Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam kempen Kemiskinan Haid ingin saya jelaskan kisah-kisah  yang kami hadapi berkenaan isu ini.


"Kami pernah bertemu wanita gelandangan menggunakan tisu di tandas awam atau kain di dalam tong sampah.


"Ada wanita susah menggunakan stokin semasa haid.


"Ada juga kembali ke zaman 20 tahun lampau menggunakan kain batik atau baju lama semasa haid untuk jimatkan kos," katanya.


Malah menurut Pengerusi NGO Bidadari itu lagi, Kemiskinan Haid juga menjadi penyebab sebilangan remaja perempuan tidak ke sekolah kerana tiada tuala wanita.


Juga, katanya, terdapat wanita susah yang tidak mengganti dan menggunakan tuala wanita sama semasa haid untuk jimatkan penggunaan.


"Bagaimanakah Nurul masih lagi mengatakan tiada masalah Kemiskinan Haid berlaku di negara ini?


"NGO Bidadari dan Wanita KEADILAN telah hampir 2 tahun menjalankan kempen ini dan kami merasakan isu ini perlu diberi perhatian


"Adakah nurul menyamakan kehidupan mewahnya sama seperti wanita-wanita lain? Adakah kemiskinan itu satu perkara yang perlu ditertawakan?" katanya lagi.


Oleh itu, Napsiah menyangkal sekeras-kerasnya bahawa tiada masalah Kemiskinan Haid di Malaysia malah beliau mendesak supaya kerajaan mengambil serius dan mencari penyelesaian untuk isu berkenaan.


Malah sekumpulan NGO telah melancarkan laman web untuk kempen isu Kemiskinan Haid yang boleh dilayari di: www.heartscharity.org.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page