top of page

Kementerian Wilayah laksana program kumpul minyak masak terpakai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17, 2024
  • 1 min read


Kementerian Wilayah Persekutuan semalam melancarkan program mengumpul minyak masak terpakai terutama dalam kalangan peniaga makanan untuk tidak menggalakkan mereka menggunakan minyak berkenaan secara berulang kali.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, minyak masak terpakai akan dibeli semula dan hal itu bagi memberi sedikit tambahan pendapatan kepada peniaga yang digalakkan untuk tidak menggunakan semula minyak masak.


"Kita lancarkan program minyak masak kitar semula


"Program simboliknya mengumpul botol minyak masak yang digunakan untuk dikomersilkan. Ini membantu rakan berniaga untuk tidak membuang minyak, dan kita beli minyak itu. Itu berikan sedikit pendapatan pada peniaga," katanya kepada pemberita di program Edaran Bubur Lambuk Dan Dodol Sempena Program Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi Mac 2024.


Melakukan edaran bubur lambuk bersama Menteri Komunikasi dan Datuk Bandar Kuala Lumpur

Selain itu, program Teh Hijau Kuala Lumpur juga telah diubahsuai sedikit pada bulan Ramadan ini dengan memperkenalkan juadah dodol dan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai di beberapa parlimen dalam Wilayah Persekutuan.


"Hari ini dalam program Teh Hijau Kuala Lumpur untuk edisi Mac tahun bersempena bulan Ramdan, tema sedikit berbeza. Kita kacau dodol dan bubur lambuk untuk edarkan kepada pengunjung (di lokasi setempat).


"Bubur ada 37 periuk, dodol 37 periuk," katanya.


Program Teh Hijau Kuala Lumpur bersama program 'Temu DBKL' dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)sepanjang tahun ini bagi merapatkan lagi hubungan agensi itu dengan warga kota.


Pelaksanaan kedua-dua acara juga merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.


Turut hadir pada program patang semalam ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page