top of page

Kementerian Wilayah gariskan pelan komprehensif sosioekonomi Labuan



Kementerian Wilayah Persekutuan menggariskan pelan komprehensif merangkumi 92 program bagi meningkatkan landskap sosioekonomi di pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, ekonomi Labuan wajar dibangunkan setanding negeri membangun lain memandangkan statusnya sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa serta hab minyak dan gas.


Menekankan kepentingan usaha bersepadu bagi mencapai tujuan itu, pelan komprenhensif itu jelasnya akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di pulau itu.


"92 program itu direka secara strategik untuk memacu Labuan ke hadapan dalam laluan pembangunan mampan," katanya dipetik.


Terdahulu Dr Zaliha melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Labuan 2024 dan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 di Taman Damai, Labuan pada Sabtu.


Sementara itu Dr Zaliha menekankan pembangunan strategik sektor pelancongan Labuan adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi keseluruhan pulau itu.


Dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi aliran hasil Labuan dan meningkatkan daya tarikannya, beliau telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan (LC) untuk menubuhkan pasukan petugas khas.

"Objektif utama pasukan petugas ini untuk mengenal pasti dan mengetengahkan tapak pelancongan menarik yang berpotensi untuk merancakkan sektor pelancongan di pulau ini.


"Saya mahu pasukan petugas ini ditubuhkan segera kerana inilah agenda kita untuk merancakkan sektor pelancongan Labuan,” katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page