top of page

Kementerian Wilayah akan cari solusi terbaik selesai isu Kampung Setia Jaya



Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mengambil maklum isu berkaitan tanah Kampung Setia Jaya yang akan diambil alih daripada penduduk.


Dr Zaliha dalam satu hantaran di laman sosial X berkata, satu perjumpaan telah diadakan bersama wakil penduduk bagi mendengar sendiri perkara yang mahu disampaikan mereka.


"Setelah mendengar dengan teliti dari pihak penduduk, saya akan aturkan perjumpaan dengan TARC Education Foundation sebagai pemilik tanah dalam masa terdekat," jelasnya.


Perjumpaan bersama TARC Education Foundation itu jelasnya bagi mencari titik tengah untuk menyelesaikan isu berkenaan.


"(Ia) untuk mencari titik tengah bagi menyelesaikan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk Kampung Setia Jaya. Pada saya, isu ini perlu diselesaikan dengan kadar segera dan tidak lagi dipolitikkan.


"Tindakan mempolitikkan isu ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Kampung Setia Jaya," tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya bakal kehilangan penempatan mereka selepas pemilik tanah yang juga sebuah institusi pendidikan tinggi menggunakan saluran mahkamah untuk arahan pengosongan tanah.


Mahkamah memerintahkan agar semua penduduk mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.


0 comments

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page