top of page

Kementerian utamakan konsep pendidikan manusiawi di era teknologi



Sifat empati dan belas kasihan perlu disepadukan dalam konsep 'pendidikan manusiawi' yang diterapkan oleh kerajaan sekarang, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Beliau berkata perkara itu menjadi asas dalam perkembangan akhlak sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain mengukuhkan pembentukan masyarakat lebih harmoni.


"Pembangunan karektor pelajar juga harus disambut oleh masyarakat bagi menyediakan ekosistem yang kukuh untuk mereka mempertahankan daya juang dalam melahirkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.


"Pendidikan adalah platform untuk mendidik golongan muda mengenai kepentingan memahami perspektif orang lain serta berempati dengan pengalaman mereka dan mengambil tindakan belas kasihan untuk membuat perubahan positif untuk negara," katanya.


Fadhlina berkata demikian ketika berucap pada siri kelima "Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS)" anjuran Institut Pengajian Sains Sosial, (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Khamis.


Ia dianjurkan dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Institut Darul Ehsan (IDE).


Dalam syarahan beliau bertajuk "Cultivating Empathy and Compassion through Education for Youth Wellbeing", Fadhlina berkata, belas kasihan dan empati amat penting dalam berdepan dengan era teknologi yang berkembang pesat.


"Apabila teknologi berkembang pesat, terdapat satu penekanan kepada data, kemahiran dan pengaturcaraan. Sudah tentu, semua itu penting dan sememangnya memacu manusia ke hadapan tetapi apa yang akan menjadi kegunaan mana-mana perkara ini adalah kita semata-mata mencipta generasi "robot" iaitu manusia yang kurang perasaan terhadap orang lain.


"Walaupun kemahiran teknikal diperlukan, apa yang kami di kementerian mahu lakukan adalah memasukkan kualiti dan nilai nyang disebutkan di atas dan saya percaya ini boleh berlaku dilakukan tanpa melupakan apa yang menjadikan kita bukan sahaja manusia malah manusia yang benar-benar baik dan bernilai," jelasnya.


Dalam pada itu, sejajar dengan konsep Madani, katanya Kementerian Pendidikan meluaskan skopnya untuk memastikan nilai-nilai murni tidak dipelajari dan diamalkan dalam keadaan vakum.


"Kementerian komited untuk meningkatkan kualiti, kesaksamaan dan akses pendidikan untuk semua pelajar dan tiada pelajar harus dipinggirkan dalam sistem pendidikan negara.


"Pendidikan berkualiti milik semua, tidak kira bangsa, agama atau politik. Suka atau tidak ini satu fakta dan kami berbangga untuk memimpin melalui teladan


"Oleh itu, tumpuan kita dalam pendidikan berperikemanusiaan adalah memastikan akses dan menghalang mana-mana kanak-kanak lagi daripada ketinggalan dalam pelajaran," ujarnya.


Katanya kerajaan turut tidak mengabaikan remaja bermasalah seperti di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang diberi akses kepada pendidikan walaupun menjalani proses pemulihan.


"Apa guna disiplin dan perlakuan kasar jika kita terlepas pandang masalah asas bahawa pelajar ini memerlukan pendekatan yang betul, iaitu empati dan belas kasihan untuk memastikan mereka berada pada landasan untuk menjamin masa depan melalui pendidikan yang menyediakan mereka bagi berdepan cabaran hidup dan memutuskan kitaran ganas yang mereka berdepan dengan bahaya terperangkap di dalamnya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page