top of page

Kementerian selesaikan 5 projek sakit pada Februari - Akmal



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelesaikan 5 kes projek sakit pada sepanjang Februari lalu.


Menurut Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasir (PH - Johor Bahru), 5 projek itu yang kebanyakannya melibatkan penyelesaian antara syarikat dengan pembeli telah melegakan seramai 295 pembeli.


"Untuk bulan Feb kita catat 5 projek penurunan. Melibatkan penyelesaian dengan pembeli. 5 projek ini membabitkan jumlah pembeli 295 orang," katanya dalam sidang media di Parlimen petang tadi.


Tambah Akmal, 5 projek yang berjaya diatasi masalah itu berdasarkan angka keseluruhan 110 projek sakit di seluruh negara melibatkan kira kira 23,000 unit rumah dan 13,000 orang pembeli.


"Kaedah yang kita boleh selesaikan projek sakit ada tiga. Iaitu memastikan penyiapan projek sehingga memperoleh CCC, penyelesaian pembeli iaitu ada persetujuan pembeli dan pemaju dan ketiga melalui kaedah penukaran pemaju," ujarnya.


Beliau juga menyatakan, KPKT telah diberi peruntukan pembangunan tambahan RM20 juta yang untuk memulihkan projek sakit untuk projek tersebut siap diduduki tanpa CCC.


Peruntukan itu, katanya, tambahan peruntukan pembangunan sedia ada berjumlah RM4.9 juta. Menjadikan secara keseluruhan untuk tujuan pemulihan projek terbengkalai diperuntukkan sebanyak RM24.9 juta. Iaitu meningkat 407% berbanding 2022.


Dengan iltizam dari kerajaan pusat itu, Akmal berharap kerajaan negeri akan turut menubuhkan jawatankuasa khas atau task force bagi meneliti projek sakit di peringkat negeri dan mendapatkan kerjasama Persekutuan untuk memulihkannya.


"Kita harap menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri. Iaitu kerajaan negeri kenal pasti projek yang sesuai untuk kita pulihkan


"Task force kita (KPKT) adakah hubungan dengan task force kerajaan negeri. Sekakat ini kerajaan negeri yang ada task force untuk menilai keadaan projek terbengkalai hanya di negeri Selangor dan di bawah Perbadanan Perumahan Johor


"Dengan adanya peruntukan 2023 ini kita harap kerajaan negeri dapat menubuhkan jawatankuasa khas untuk kita pulihkan projek terbengkalai," kata Akmal lagi.


Selain itu, beliau juga membentangkan angka sehingga 28 Feb terdapat 145 projek perumahan swasta yang lewat daripada kemajuan semasa dan 436 projek yang dikatakan sakit daripada 3,117 projek perumahan swasta berlesen seluruh negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page