top of page

Kementerian sedia hadapi kemungkinan banjir ketika peperiksaan



Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksana pelbagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang bermula hari ini hingga 15 Mac.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kementerian sudah mengaktifkan bilik gerakan banjir dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga telah diarah bersiap siaga.


"Semua JPN telah bersedia khususnya melibatkan negeri yang memang sentiasa dijangka berlaku banjir, malah sekolah-sekolah kita juga bersedia menghadapinya sama ada sebagai pusat peperiksaan mahupun pusat pemindahan banjir.


"Kita (KPM) juga bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mempersiapkan kelengkapan menghadapi banjir, mudah-mudahan tidak (berlaku) banjir kerana kita mahu anak-anak menghadapi peperiksaan dalam keadaan paling selamat," katanya dipetik.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN ditemui media pada program sumbangan awal persekolahan di Nibong Tebal pada Sabtu.


Sementara itu, Fadhlina memaklumkan bahawa KPM mengambil perhatian kepada projek SKJT Sungai Bakap yang terbengkalai sejak setahun.


Katanya, beliau sendiri akan melihat dan memastikan pembinaan sekolah berkenaan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.


"Sekolah yang terbengkalai itu telah berada dalam pengetahuan KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (Seberang Perai Selatan) sepenuhnya dan dalam perkara yang terkait rapat dengan pembinaan (sekolah) kalau ada isu ia memang akan menjadi perhatian kita (KPM)," katanya dipetik laporan Bernama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page