Kementerian pertimbang tambah bantuan veteran ATM - Adly Zahari


Kementerian Pertahanan berhasrat memudahkan proses penyaluran bantuan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan menterinya Adly Zahari berkata, pihak kementerian merancang untuk menyelaras dan menggabungkan lebih 300 persatuan veteran berdaftar menerusi dilaksanakan yang akan dilaksana Majlis Veteran Kebangsaan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
"Bagi membolehkan skim bantuan kerajaan diselaraskan dengan lebih berkesan, jumlah persatuan akan dikurangkan kepada 100 dan akan dipimpin oleh persatuan induk
"Pada masa sama, kementerian juga mempertimbangkan untuk meningkatkan sumbangan atau peruntukan yang telah disediakan.
"Kami juga berharap pihak negeri akan terus memberikan sokongan dan dorongan kepada persatuan-persatuan veteran kerana di JHEV, tumpuan kami adalah memastikan kebajikan veteran dapat dijaga," katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata begitu pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa sebagai menjawab soalan mengenai langkah untuk menyelaras pendaftaran persatuan veteran dengan kerajaan negeri.
Menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai kemungkinan kerajaan mengambil semula veteran untuk bertugas di pintu masuk utama negara, Adly memaklumkan kerajaan mula menyerap veteran ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) tahun ini.
Selain itu, Kerajaan MADANI turut menyediakan peruntukan menerusi Belanjawan 2026 dan Belanjawan 2027 bagi membolehkan bekas anggota tentera diserap sebagai renjer hutan.
"Langkah ini selain menjimatkan perbelanjaan, turut juga memanfaatkan kepakaran veteran dalam sektor keselamatan dan memelihara kedaulatan negara," tambahnya.




Comments