top of page

Kementerian Pertanian sambut baik bantuan Aidilfitri pesawah, nelayan



Pengumuman inisiatif tambahan oleh Perdana Menteri khususnya berkenaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan disambut baik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pengumuman itu telah membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib pesawah dan nelayan selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI dibawakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pemberian bantuan khas sebanyak RM200 kepada pesawah dan nelayan ini dijangka akan dapat memanfaatkan sebanyak 240,000 orang pesawah dan 38,500 orang nelayan di seluruh negara.


"Ini adalah tambahan daripada bantuan yang telah diberikan sebelum ini termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM300 dan sumbangan tunai kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim," katanya dalam kenyataan.


Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200.


Ianya sebagai tambahan kepada bantuan diumumkan Anwar pada pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini.


Pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat Febuari lalu, Anwar mengumumkan bantuan RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim. Sumbangan musim tengkujuh kepada golongan pekebun kecil getah turut dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.


Dengan penambahan bantuan diumumkan semalam, ia menjadikan jumlah bantuan terbesar pernah diberikan kerajaan kepada golongan tersebut.

Sementara itu Mohamad berkata, KPKM amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam memastikan kebajikan pesawah serta nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.


KPKM juga tegasnya berharap bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page