top of page

Kementerian Pertanian pandang serius isu lambakan sayur di Lojing



Isu lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing yang memberi kesan kepada kira-kira 500 pekebun kini dalam perhatian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Menterinya, Mohamad Sabu berkata pihak kementerian sedang mencari langkah terbaik menyelesaikan isu tersebut termasuk dengan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.


"Fama sekarang pun membeli sayuran pada harga lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah itu tidak membantu dalam jangka panjang.


"Kementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import,” katanya dipetik.


Media baru-baru ini melaporkan ribuan tan sayur tidak terjual terpaksa dibuang.


Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong dipetik laporan media berkata sayur seperti timun dan lobak putih paling susah untuk dijual ketika ini kerana tiada permintaan.


Memberi contoh, Chay berkata, lobak putih hanya boleh dijual sekitar 20 hingga 30 sen sekilogram dan ia tidak dapat menampung kos pengangkutan pihaknya untuk menghantar ke pasar berbanding sebelum ini, lobak putih boleh dijual sekitar RM3 sekilogram.


"Semua sayuran ini dijual di bawah RM1 bagi setiap kilogram. Harganya terlalu rendah, pasar pun tidak mahu mengambil bekalan sayur ini kerana memang tiada permintaan," katanya.

Sementara itu Mohamad berkata, penanaman sayuran tertentu oleh ramai pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga antara faktor lambakan terjadi.


"Kadangkala misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun.


"Pihak Fama ada juga membantu, iaitu membeli dengan harga tinggi, tetapi Fama tidak dapat menampung semua," tambahnya.


Mohammad sementara itu berkata, pangkalan data sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page