top of page

Kementerian Pertanian ketuai usaha libat urus isu beras - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penguatkuasaan dipertingkatkan bagi menjamin keberadaan bekalan beras dalam pasaran.


Perkara itu dinyatakan melalui satu kenyataan selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) petang semalam.


Mengulas arahan itu beliau berkata, hal itu bagi memastikan tiada pemborong atau pengilang tidak mengambil untung berlebihan termasuk dengan mencampurkan kandungan Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) untuk dijual pada harga yang tinggi.


Anwar berkata, mesyuarat telah mendengar cadangan dan pandangan wakil industri dan NGO, termasuk pesawah dan pengilang, berhubung situasi padi dan beras negara, khususnya mengenai ketersediaan beras pada harga yang munasabah bagi rakyat.


Justeru, mesyuarat mengambil ketetapan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengetuai serta menyelaras sesi libat urus secara lebih terperinci dengan seberapa segera yang mungkin.


"Libat urus ini perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.


"Saya turut mengarahkan supaya hasil libat urus ini dibentang dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac depan sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri," kata Anwar.


Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar turut dihadiri menteri-menteri, timbalan menteri, Ketua Setiausaha kementerian berkaitan serta Gabenor Bank Negara, selain wakil industri, wakil pengguna, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang merupakan ahli-ahli NACCOL.


Menyentuh mengenai kos sara hidup, Anwar mahu tumpuan terus diberikan bagi meringankan bebanan rakyat.


"Saya tegaskan bahawa kerajaan perlu terus memberi tumpuan penuh terhadap isu kos sara hidup yang masih membelenggu rakyat meskipun kadar inflasi semakin mereda kepada 1.5 peratus setakat Januari 2024.


"Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) juga bersetuju untuk mempertimbangkan semula penawaran harga BPI dalam pasaran domestik supaya boleh dijual pada harga lebih rendah sekali gus mewujudkan alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan beras dengan harga yang lebih berpatutan," katanya dalam kenyataan itu.


Anwar juga berkata, beliau mengarahkan program jualan murah termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan lain-lain diperbanyakkan supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian termasuk beras, pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page