top of page

Kementerian Pendidikan ringan beban guru, mansuh SPL tahun hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 15
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) mulai tahun hadapan.


Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek (gambar) berkata keputusan itu dibuat susulan penilaian berterusan kementerian terhadap beban kerja guru serta maklum balas warga pendidik yang berpandangan SPL membebankan dan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.


"KPM mengumumkan SPLKPM dimansuhkan kerana ia memberi kesan langsung terhadap kebajikan guru dan beban tugas mereka.


"Setiap langkah yang diambil adalah sebahagian daripada komitmen berterusan KPM untuk mengurangkan beban guru," katanya dipetik pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin di Bukit Mertajam pada Ahad.

SPL merupakan portal dalam talian untuk guru dan pegawai KPM menguruskan maklumat latihan profesional, merekod Kredit Pembangunan Profesional (CPD), serta mengakses kursus dalam talian dan mendapatkan sijil digital.


Bagaimanapun, sistem itu sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan guru yang mahu memastikan mereka tidak terikat dengan keperluan pentadbiran sehingga mengganggu fokus di bilik darjah.


Mengulas lanjut mengenai keputusan itu Fadhlina berkata, ia diharap memberi ruang kepada guru untuk memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, khususnya menjelang pelaksanaan kurikulum baharu dan pelan pembangunan pendidikan yang akan diperkenalkan tahun hadapan.


Dalam masa sama, kementeriannya akan terus meneliti sebarang langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru secara konsisten demi memperkukuh kualiti pendidikan negara dari semasa ke semasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page