top of page

Kementerian Pendidikan pastikan kebajikan anak 10 wira negara terbela



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan anak kepada wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak minggu lalu akan mendapat pembelaan dari sudut kebajikan dan pendidikan.


Ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjuran pusat khidmatnya di Nibong Tebal malam tadi Fadhlina berkata, pihaknya mengenal pasti 10 anak tentera berkenaan yang bersekolah di bawah kendalian kementeriannya.

"Kementerian Pendidkan akan teruskan dari segi pembelaan mereka dalam sudut pendidikan, begitu juga bantuan khususnya mengenai pendidikan mereka.

"Kita akan buat susur tindak bagi memastikan kebajikan dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.


"Di bawah jagaan KPM ada 10 orang yang masih bersekolah. Kita beri tumpuan penuh pendidikan mereka secara keseluruhannya dan kita tahu mana mereka bersekolah, kebajikan mereka akan dijaga," katanya dipetik.


Selasa lalu, negara dikejutkan dengan insiden dua helikopter milik TLDM terhempas ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.


Insiden di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbankan semua 10 anggota dalam dua pesawat terbabit


Sementara itu susulan kejadian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Yayasan Didik Negara (YDN).


"Bantuan disampaikan kepada keluarga dan anak-anak mangsa terbabit," tambahnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page