top of page

Kementerian Pendidikan di landasan tepat lonjak pendidikan digital



Kementerian Pendidikan (KPM) berada pada landasan tepat untuk melonjakkan pendidikan digital.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM menjalin kerjasama rentas kementerian dengan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital dalam usaha meningkatkan infrastruktur dan infostruktur selari dengan Dasar Pendidikan Digital Negara.

"Jadi apa yang kita perkukuhkan termasuk infrastruktur dan infostruktur, dan yang kedua persiapan guru kompetensi yang kita bagi tumpuan penuh.


"Ketiga ialah melonjakkan kapasiti penggunaan dan juga keupayaan Pelantar Delima yang saya fikir perlu diberikan tumpuan semua pihak kerana ia bukan sahaja untuk guru tetapi juga anak-anak murid kita," katanya dipetik.


Fadhlina sementara itu turut memaklumkan, pihaknya juga sedang giat meningkatkan semua infrastruktur khususnya penambahbaikan pusat kegiatan guru supaya murid-murid dan guru mendapat akses internet.


Dalam pada itu sebagai mengulas mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu beliau berkata, KPM sentiasa bersiap siaga dan menyediakan garis panduan yang perlu diikuti semua jabatan pendidikan negeri.


Selain itu, autonomi turut diberikan kepada setiap sekolah dalam membuat keputusan mengenai aktiviti, pemakaian dan nasihat kepada murid-murid berdasarkan perkembangan cuaca.


"InshaAllah kesiapsiagaan kita ada dan saya ingin mengingatkan kepada semua jabatan pendidikan negeri mematuhi garis panduan kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page