top of page

Kementerian pantau perkembangan ekonomi, Covid 19 China





Perkembangan semasa Covid 19 di China yang menghampiri pandemik sedang dipantau rapi oleh Kementerian Ekonomi.


Menterinya Mohd Rafizi Ramli berkata, merebaknya virus Covid varian baharu di negara itu pasti akan menjejaskan dunia kerana China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia.


"Malaysia adalah sebuah negara dagangan sudah tentu segala yang berlaku dalam dunia akan ada kesan kepada kita,


"China negara kedua terbesar ekonomi dalam dunia dan sudah tentu kita kena perhatian dengan dekat bagaimana perkembangan keadaan Covid di sana sebab kalau tengok 2 tahun lepas, banyak perkara yang berlaku di China dia ada kesan kepada seluruh dunia termasuk di Malaysia.


"Termasuklah kenaikan mendadak harga barang tertentu kerana kebanyakan aktiviti perkilangan banyak keluar masuk di China. Kalau keadaan Covid di China ada kesan kepada negara itu, maka dia ada kesan kepada kita," katanya.


Bagaimanapun Rafizi berharap keadaan di China terkawal dan tidak akan mengulangi situasi pandemik 2020 lalu.


Dalam masa sama, katanya kerajaan Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya untuk menghadapi gangguan ekonomi yang akan berlaku pada 2023 ini.


"Setakat ini semua keputusan yang diambil Kerajaan Perpaduan sejak sebulan lalu ke arah melindungi dan membantu, terutama IKS dan keluarga rakyat biasa. Kalau tengok kenaikan tarif elektrik untuk IKS dikecualikan sepenuhnya


"Begitu juga kalau tengok tarif gas yang diumumkan minggu lepas, ada sedikit penurunan bergantung kepada sama ada IKS mengunakan bekalan gas atau tidak


"Setakat ini pendekatan kerajaan ialah mengekalkan seberapa yang boleh kemampuan kerajaan kita dan membantu IKS," katanya.


Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan rakyat biasa dalam hala tuju negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page