top of page

Kementerian Komunikasi tubuh task force tangani berita palsu



Penyebaran berita palsu yang berleluasa sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 mendesak Kementerian Komunikasi dan Digital menubuhkan satu unit tindakan segera atau task force bagi menangani perkara berkenaan.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dalam sidang media petang tadi.


Katanya unit itu berjaya menangani serangan berita palsu yang tular menjelang pelantikan menteri kabinet beberapa hari lalu


"Saya ingin maklumkan task force menangani berita palsu pada 1 Disember 2022 susulan mesyuarat bersama PM memberi penekanan terutamanya pengurusan menangani penyebaran berita palsu.


"Task force ini memantau penyebaran berita palsu di media yang dilihat mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik ekonomi sosial, agama dan budaya. Pada masa sama task force juga dapat membantu memberikan penjelasan kepada orang awam.


"Terutama dalam tempoh PM angkat sumpah sehingga tempoh terbentuknya kabinet, kita lihat banyak sebaran palsu masa itu dan task force ini bertindak. Task force ini juga mengusahakan hebahan untuk makluman masyarakat. Salah satu dalam minggu pertama ini, ramai kalangan menteri baru nak mula mendapatkan staf masing masing, maka koordinasi mengekang berita palsu banyak membantu bukan sahaja mengekang berita palsu tetapi meredakan suhu politik dalam negara kita," katanya.


Selain itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa pertemuan akan diadakan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat berhubung struktur Digital Nasional Berhad (DNB) di bawah kawalan kementerian berkenaan bagi pelaksanaan spektrum 5G di Malaysia.


"Dalam mesyuarat kabinet pagi tadi PM menyatakan berhubung DNB pada waktu ini dalam kawal seliaan Kementerian Kewangan.


"Satu pertemuan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Kewangan akan diadakan dalam masa tedekat menilai dan memberikan langkah yang perlu diambil, melihatkan bukan sahaja DNB tetapi terkait perlaksanaan 5G di seluruh negara," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page