top of page

Kementerian Komunikasi pastikan ada wifi di setiap PPS mudahkan mangsa berhubung

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 21, 2022
  • 1 min read


Kementerian Komunikasi dan Digital akan memastikan setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir akan mempunyai sambungan wifi bagi memudahkan mangsa berhubung dan mengemaskini maklumat kepada ahli keluarga dan saudara mara.


Menterinya Ahmad Fahmi Fadzil berkata, perkhidmatan telekomunikasi juga perlu diperbaiki sesegera mungkin selepas banjir surut.


"Saya tegaskan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ialah untuk memastikan bahawa PPS ini mempunyai akses internet dan telefon yang berfungsi dengan baik kerana saya dapat maklum balas dari rakan media ada tempa perlu ditambah baik, saya terima cadangan itu dan minta pihak SKMM untuk segera menyelesaikan masalah ini


"Ketua Setiausaha Kementerian juga memaklumkan banyak PPS yang diaktifkan telah ada perkhidmatan wifi dan kita minta pihak SKMM berhubung dengan syarikat telekomunikasi mengatifkan wifi di PPS tersebut.


"Saya mengingatkan pihak SKMM meneliti semua menara telekomunikasi di kawasan terkesan bila menara ini boleh digunakan segera. Jika perlu dibaiki dilakukan segera," katanya dalam sidang media di Putrajaya petang tadi.


Selain itu, Fahmi juga mengumumkan tabung yang diwujudkan di kementerian beliau yang akan menyumbangkan dana bantuan kepada mangsa yang terlibat selepas banjir surut


"Sejak Disember 2021 telah diwujudkan tabung bencana. Pada asalnya sumbangan agensi di bawah kementerian tetapi dipanjangkan kepada rakan strategik kementerian dan sehingga kini telah mengumpul RM6.1 juta dalam bentuk tunai dan ada juga dalam bentuk barangan.


"Kita akan beri isi rumah yang terkesan dengan kotak barangan makanan RM200 setiap satu. Pihak kementerian juga akan menyediakan sukarelawan membersih banjir di tempat yang ditentukan nanti," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page